Saksi utama dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, tidak dapat hadir memberi keterangan kerana cuti sakit selama dua hari.<br /><br />Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence Sequerah diberitahu bahawa saksi yang dinanti-nantikan dalam perbicaraan itu mendapat cuti sakit akibat demam panas, vertigo dan muntah.